بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pada hari Sabtu bersamaan 16 Januari 2016 lepas aku menghadiri Bengkel Ummatun Dakwah anjuran bersama Multiracial Reverted Muslim (MRM) yang bertempat di Seksyen 19 Shah Alam .
Aku dah rasa macam buat karangan Bahasa Melayu dah nie . Haha
Aku dah rasa macam buat karangan Bahasa Melayu dah nie . Haha
Aku tuliskan dekat sini untuk bacaan sendiri supaya aku tak lupa . Secara ringkasnya bengkel tu ada dua slot .
Slot pertama merupakan slot bersama wakil MRM iaitu Bro Azim memandangkan Bro Firdaus tak dapat hadir sebab beliau menghadiri International Dakwah Training Programme bersama Sheikh Dr Zakir Naik . Slot pertama mengenai teknik berdakwah kepada non muslim yang sepatutnya perlu ambil masa selama 2 hari untuk dihabiskan tetapi telah diringkaskan selama 3jam je . Haha Bro Azim pun berterabur point dia tapi sokay ada je input . Point Bro Azim yang aku highlight dan ditambah rencah oleh aku sendiri adalah
" Selagi kita berkongsi shahadah yang sama maka kita adalah pendakwah . Samada kita baik atau tidak bukan ukuran kerana Rasulullah SAW kata sampaikan lah walaupun satu ayat . Set kan dalam minded kita nie, kita 24 jam pendakwah dan part time student" Supaya kita sentiasa ada indicator dalam setiap perbuatan kita seharian . Haa gituu .
Slot kedua pula berbentuk forum . Panel yang dijemput oleh penganjur ialah dua orang panel lelaki berbangsa India . Seorang sudah pun memeluk agama Islam iaitu Uncle Harun dan seorang lagi Brother Raymond yang masih belum memeluk Islam .
Semoga Allah memberi taufiq dan hidayah kepada beliau . By the way Brother Raymond nie umurnya 21 tahun kalau tak salah dan bekerja di Maahad Tahfiz sebagai guru Bahasa Inggeris disamping membuat kerja-kerja kebajikan
Aku lebih tertarik dengan slot kedua nie . First, Uncle Harun ceritakan pengalaman dia sebelum dan selepas masuk Islam . Uncle Harun memeluk Islam di mana waktu tu dia sudah pun berkahwin dan ketika anak-anak beliau sudah pun membesar dengan sihatnya .
Isteri dia tak percaya pada mulanya . Tapi akhirnya pasrah dan mereka pun terpaksa berpisah .
Pada mulanya anak-anak Uncle Harun tak boleh terima tapi selepas melihat bapa mereka nie tak mengabaikan pun tanggungjawab walaupun dah berlainan agama malah menjadi lebih baik lagi . Uncle Harun kata kepada kami semua yang walaupun berbeza agama tetapi anak-anak itu masih kekal sebagai anak dia dan dia akan bertanggungjawab terhadap bekas isteri dan anak-anak dia .
Melihat Uncle Harun begitu bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk menikmati agama ini membuatkan aku termenung sendiri .
Betul-betul bersyukur kah aku yang sudah sedia lahir dalam Islam nie atau sekadar mengikut agama nenek moyang ?
Tak putus-putus ucapan puji-pujian kepada Allah dari bibir Uncle Harun .
Begitu beliau menghargai dapat menikmati shahadah ini .
Aku pun teringat saudara-saudara kita yang begitu gembira apabila sudah memeluk agama ini
seperti Bro Adam Corrie , Sis Felixia Yeap , Bro Firdaus Wong Wai Hung yang menjadi lebih hebat dari kita yang dah sedia born muslim nie T___T
Dan mereka begitu bersungguh-sungguh menyampaikan dakwah .
Mereka nak bagitahu yang ini lah agama yang terbaik .
Tapi aku ? Hmmm..
Uncle Harun kata yang akhlak kita sebagai orang Islam akan menggambarkan ajaran agama kita sendiri .
Nak dakwah orang tak perlu sebut dakwah .
Nak cakap pasal Islam tak perlu sebut Islam because your qudwah will show who you are .
Then aku pun fikir , cakaplah pasal Islam pun , cakap lah pasal dakwah pun , bagilah hadis-hadis atau ayat Al-Quran sekalipun but when your akhlak is zero it will means nothing .
Sebab hanya hati akan menyentuh hati .
Uncle Harun pesan lagi ,
"Kita perlu jadi insan atau manusia dulu baru kita akan berjaya bawa agama . Islam memang agama yang mudah tapi nak bawak Islam ke dalam diri kita bukanlah sesuatu yang mudah. Jangan hanya kata pasal Islam pasal dakwah hanya dibibir tapi kena sungguh-sungguh dalam hati .Untuk jadi baik kita kena ada garis panduan . Itulah Islam . Garis panduan kita . Sebab dengan Islam kita akan sampai ke destinasi kita yang last sekali. "
Okay! Habis Uncle Harun now we move to Brother Raymond . Brother Raymond aku highlight tiga yang utama . Dan apa yang dia cakap nie berdasarkan pengalaman dan ini bukan rasis .
- Orang Islam lain ,orang melayu lain .
- If Malay people truly practising Islam , they will be beautiful person , Malaysia will be a beautiful country .
- Orang Melayu yang faham Islam , ajaklah orang Melayu yang lain untuk faham Islam juga.
And masa tu rasa nak nangis pun ada . Sentap pun ada macam kena shoot dengan sharp shooter even propa je sebab tak pernah pun kena shoot lol .
How he can see the beauty of Islam while some of our born muslim didnt see that . yet .
Raymond nie dulu kerja club kat Bukit Bintang .
And part macam ermm dia kata,
" I kerja club kat situ and I tau laa melayu selalu datang sana .
Even I pun tahu yang perempuan Islam nie cannot touch lelaki yang bukan adik beradik dia sesuka hati ."
Allah ! Allah ! Masa tu rasa macam nyorok bawah kerusi maluuuu hmmm ..
Brother Raymond kata kat club dia boleh dapat RM 5k sebulan and dia boleh call kalau dia nak kerja sana sekarang but dia tak nak .
Walaupun kat tahfiz kerja dapat RM1.5k tapi dia rasa senang dan bahagia dengan akhlak yang ustaz kat situ tunjukkan .
Ustaz kat situ tak layan dia sebagai pekerja but as a family .
Walaupun dia buat salah tapi tak pernah kena marah dengan bahasa-bahasa kasar.
Dalam hidup dia tak pernah orang surprise kan birthday pukul 12 tengah malam dan berkumpul ramai-ramai semata-mata nak sambut birthday dia .
And Raymond is one of the person yang cuba nak bunuh diri atas tekanan hidup .
But in short ustaz tu selamatkan dia dan ajak dia kerja kat tahfiz .
But in short ustaz tu selamatkan dia dan ajak dia kerja kat tahfiz .
Aku doakan hal Bro Raymond nie Allah permudahkan settle cepat-cepat supaya cepat dia masuk Islam.
Ameen
Ameen
So conclusionnya akhlak . Akhlak itu adalah dakwah .
Akhlak yang baik akan menyentuh hati sesiapan pun .
Akhlak kita sebagai orang Islam akan tunjukkan agama Islam itu sendiri tanpa perlu kita sebut tentang Islam .
Dan nak dapat akhlak yang baik itu agak susah tapi bukan sesuatu yang mustahil .
Akhlak yang baik akan menyentuh hati sesiapan pun .
Akhlak kita sebagai orang Islam akan tunjukkan agama Islam itu sendiri tanpa perlu kita sebut tentang Islam .
Dan nak dapat akhlak yang baik itu agak susah tapi bukan sesuatu yang mustahil .
Macam Uncle Harun cakap Islam memang mudah tapi untuk memasukkan Islam itu ke dalam diri tak mudah .
Sebab tu ada nya mujahadah yakni bersungguh-sungguh .
Mujahadah itu sendiri merupakan simbolik kepada kepayahan .
Semoga pengakhiran kita diakhiri dengan pengakhiran yang baik .
Sebab tu ada nya mujahadah yakni bersungguh-sungguh .
Mujahadah itu sendiri merupakan simbolik kepada kepayahan .
Semoga pengakhiran kita diakhiri dengan pengakhiran yang baik .
Sekian .
Terima kasih ats perkongsian. huhuhu T_T
ReplyDelete