بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Tahun baru .
Kononnya ramai yang berazam baru .
Untuk aku , masih aku teruskan azam yang itu .
Untuk aku , masih aku teruskan azam yang itu .
Mencari-cari ketenangan yang pernah aku kecapi suatu ketika dahulu .
Iya .
Ketenangan yang datang tatkala diuji .
Ketenangan yang menghidupkan hati yang mati .
Ketenangan yang merintih saat mengingati Ilahi .
Tika ini , sudah pun genap tahun yang baru .
Masih lagi aku di sini mengharapkan ketenangan itu .
Sejauh mana lagi perlu aku buru .
Agar 'kau' kembali mengisi tempat di hati aku .
Demi Engkau aku mengorak langkah .
Demi Engkau aku tinggalkan segala kisah .
Demi Engkau aku tinggalkan segala kisah .
Aku pasrah .
Aku menyerah .
Aku menyerah .
Tetapi akhir-akhir ini ,
Diri ini begitu tewas dengan karenah manusia .
Diri ini tenggelam dengan suasana sekitarnya .
Diri ini lemas dengan pandangan manusia .
Yang akhirnya membuatkan diri ini meraba-raba mencari cahaya .
Bagaimana ingin diri mengajak manusia kepada kebaikan ,
Andai hati sendiri sarat dengan dosa dan jahilliyyah yang membeban ?
Bagaimana ingin diri mengajak manusia menjauhi kemungkaran ,
Sedangkan diri sendiri masih dekat dengan kemaksiatan ?
Bimbang . Dosa ini yang menyebabkan dakwah terhalang .
Apabila dosa kita memberi kesan kepada orang lain ( Akhi H, 2015 )
Bimbang . Dosa ini yang menyebabkan dakwah terhalang .
Apabila dosa kita memberi kesan kepada orang lain ( Akhi H, 2015 )
Allahu ! Ampuni aku !
Begitu terkesan dengan firman Allah ,
" Wahai orang-orang yang beriman!
Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak lakukan ?
Amat besar kebenciannya di sisi Allah apabila kamu memperkatakan
sesuatu yang kamu tidak melakukannya."
[ As- Saff : 2-3 ]
Muntalaq
Titik tolak .
Langkah bermula .
Aku harus mencari kembali di mana langkah bermula .
Kerna aku amat perlu memahaminya .
Mungkin ,
Aku perlu 'berehat' seketika agar memberi ruang kepada diri .
Ruang untuk mengamalkan apa yang telah aku perkatakan .
Ruang mencari kembali makna diri .
Agar aku tergolong dalam golongan yang mendapat rahmat Tuhan .
Ruang untuk mengamalkan apa yang telah aku perkatakan .
Ruang mencari kembali makna diri .
Agar aku tergolong dalam golongan yang mendapat rahmat Tuhan .
Tidak mahu aku menjadi golongan yang mengingatkan manusia tetapi aku lupa mengingatkan diri sendiri .
Tidak mahu aku menjadi golongan yang menyampaikan ilmu tetapi aku sendiri tidak mengamalkannya .
Kerana golongan ini lah yang akan dilemparkan ke neraka di kemudian hari .
Atas segala apa yang diperkatakan tapi tidak beliau amalkan .
Nauzubillahi minzalik !
Atas segala apa yang diperkatakan tapi tidak beliau amalkan .
Nauzubillahi minzalik !
Semoga kita 'berjumpa' lagi .
Mungkin bila ketenangan itu sudah kembali .
Biidznillah :)
Nukilan untuk diri
2.59 AM
1/1/2016
Semoga jmpa apa yg dicari. Tp jgn bhnti utk menulis.
ReplyDeleteTruskan.cpt2lah kembali huhu
Insha Allah tak berhenti menulis .
ReplyDeleteDoakan
Jzkk