Wednesday, 2 December 2015

Kesenangan punca kelalaian

Bismillahirrahmanirrahim

Kenapa kita lebih suka mengambil sikap bermudah-mudah saat kita diberikan kesenangan ?
Allah bagi bermacam-macam kesenangan dan kemewahan buat hambanya
Tapi kita berdusta dengan nikmat kesenangan itu
Kita lalai . Kita leka . Lalai ? Leka ?
Ya.. Kita lalai dari menyampaikan dakwah
Kita leka dengan permainan dunia

Sedangkan kita boleh berdakwah dalam keadaan duduk selesa di kerusi bilik
Sedangkan kita boleh menyampaikan sesuatu ilmu ketika berada di dalam kereta
Tidak seperti dahulu
Dimana sahabat-sahabat nabi mengikat perut menahan lapar ,
Di mana sahabat-sahabat nabi bermusafir berbatu-batu jauhnya untuk menyampaikan dakwah supaya manusia kembali pada Allah
Meninggalkan anak isteri mereka
Menggadaikan nyawa mereka
Hatta ! Junjungan besar Nabi Muhammad SAW pun bersusah payah menyampaikan dakwah

Maka jawapan apa yang akan kita berikan kepada Allah sekiranya kita ditanya tentang kekurangan dan kelalaian kita dalam berdakwah ?
Nikmat apa lagi yang akan kita dustakan ?
Allahurabbi T_____T

2 comments:

  1. apa cara paling mudah untuk berdakwah kepada ahli keluarga? sebab rasanya mendakwah ahli keluarga yang paling payah. T_T

    ReplyDelete
  2. Bukan anda je rasa begitu.. Saya pun T____T
    Dengan keluarga sememangnya payah kerna mereka tahu dan kenal kita macam mana..
    Nak tak nak perlukan usaha secara berterusan..
    Biar sikit sikit tapi tinggalkan kesan..
    Mungkin bukan kita perantara hidayah Allah tapi mungkin kita boleh jadi penyumbang "sentuhan" yang pertama?
    :)

    ReplyDelete