Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad Sallallahu Alayhi wa Sallam
Ramadan......
Kedatangannya seharusnya dinanti
Pemergiannya pula harus ditangisi
Adakah itu sebenar-benarnya yang kita rasai ?
Adakah benar kedatangannya kali ini diisi ?
Dia kian berlalu pergi..
Ya..
Kedatangannya kali ini terasa begitu berbeza sekali..
Sungguh! Hanya mengharapkan redha Ilahi
Redha kah Dia andai hati ini masih lagi belum suci ?
Redha kah Dia andai diri ini masih tidak mampu meletakkan Dia sepenuhnya di hati ?
Allahurabbi..
Maafkan aku andai hati ini masih lagi lalai
Maafkan aku andai kebersihan jiwa masih belum lagi dapat aku capai
Tapi tetap redha Mu cuba aku gapai
Moga Engkau tak biarkan aku terkapai-kapai
Bukan lah selamat tinggal yang mahu aku ucapkan
Kerna hakikatnya aku tahu aku yang bakal ditinggalkan
Moga bersua lagi diwaktu hadapan
Dalam keadaan aku yang penuh perubahan
Agar kau tahu , kedatangan engkau kali ini tidak aku sia-siakan
Andai kita takkan pernah bersua lagi, moga moga aku pergi dalam keadaan
penuh keredhaan dari Tuhan
“Wahai jiwa yang tenang ! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya”
[Al-Fajr : 27-28]
Dari hati yang penuh sebak,
Sabtu, 11 Julai 2015
09:22 pm
25 Ramadan
No comments:
Post a Comment